Tuesday, July 6, 2010

Rona Kehidupan

Kehidupan adalah pentas yang sarat dengan watak dan warna. Kehidupan juga adalah pentas bahagia dan airmata. Kehidupan juga adalah satu perjalanan yang dikelilingi ranjau dan duri. Kehidupan juga adalah rona derita dan bahagia. Kehidupan adalah irama yang mengalunkan pelbagai rentak dan melodi.

Wahai insan, itulah kehidupan. Pabila kita di pentasnya, kita harus bijak memilih watak. Apabila kita di pentasnya, kita mencari dan genggam bahagia. Apabila kita di pentasnya, kita harus berhati-hati agar tidak tertusuk duri. Apabila kita di pentasnya, kita harus bijak dan dewasa agar kita tidak menderita dan apabila kita di pentasnya, kita harus pandai menari mengikut tempo rentak dan melodinya.

Simbolik sungguh kehidupan ini... yang pastinya airmata dan tawa pasti bersilih ganti kerana itulah yang mendewasakan kita.

Lalu insan, hargailah kehidupan ini. Sayangi insan di sisi dan kasihi insan yang menyintai. Waktu yang berlalu adalah ibarat arus sungai yang tidak akan berpatah balik. Di hadapanmu ada kebahgiaan, di hadapanmu ada kejayaan dan di hadapanmu ada jalan.. lalu pilihlah jalan yang betul kerana jalan itulah yang akan membawamu kepada kesejahteraan hidup nan abadi

No comments:

Post a Comment